Kejadian ini bukan disebabkan faktor kecuaian sebaliknya keadaan pintu bilik yang tidak selamat walaupun telah dikunci kerana kebanyakan bilik pelajar boleh dibuka hanya dengan menggunakan kad isian semula telefon bimbit.
Seorang pelajar, Siti Hajjar Mohd. Salleh, 20, berkata, bilik rakan sekelasnya dipecah masuk baru-baru ini dan komputer riba miliknya dicuri.

''Pada hal pintu bilik telah dikunci sebelum dia ke tandas dan sehingga kini tiada siapa yang ditangkap berhubung kes itu,'' dakwanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Siti Hajjar yang merupakan pelajar tahun dua jurusan Geologi juga mendakwa, pihak pengurusan kolej lambat bertindak walaupun para pelajar telah membuat aduan berhubung keadaan pintu bilik yang kurang selamat itu.
Katanya, bimbang kejadian yang sama berulang, dia nekad tinggal di rumah sewa walaupun ditawarkan kolej kediaman.
Sementara itu, seorang lagi pelajar, Suzirina Muda, 25, memberitahu, kejadian kecurian komputer riba kini menjadi trauma kepada pelajar kerana membabitkan kerugian yang besar.
No comments:
Post a Comment