Friday, April 17, 2009

salam final exam!!!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat menghadapi final exam buat semua kawan2 ku, semoga penat lelah yg telah diharungi selama ini, mendapat kejayaan yang setimpal dengan hasil usaha yang telah dilakukan...same2 kita sembahyang hajat dan berdoa bnyk2, semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua kali ini...klu doa tu, doakanla untuk kwn2 kita2 sekali ye, hehehehe...

maat taufiq wan najah fil imtihan!!!
best of luck!!!
chayok chayok!!!

Wednesday, April 8, 2009

RAKYAT TELAH MEMILIH MEREKA

kebangkitan kuasa rakyat berterusan di 2 bukit!!!!!

Seperti yang dijangka, pakatan rakyat mengekalkan kerusi di Bukit Gantang (Pas) dan Bukit Gantang (PKR), manakala BN menang di Batang Ai. Melihatkan kepada isu dan situasi semasa kini, saya sudah menjangkakan keputusan bagi ketiga-tiga pilihanraya kecil tersebut akan diterjemahkan sepertimana yang diumumkan.



Di Bukit Gantang memperlihatkan PAS menang menewaskan calon BN dan bebas, bagi saya isu Kerajaan Perak dan krisis menteri besar masih lagi menjadi faktor kepada penterjemahan keputusan pilihanraya tersebut. Walaupun banyak isu lain yang dibawa untuk meyakinkan pengundi tetapi rakyat tempatan yang terlibat secara langsung dengan kedua isu besar itu telah membuktikan bahawa sokongan mereka masih lagi seperti yang berlaku pada pilihanraya umum ke-12 lalu dan bertindak untuk mengekalkan sokongan mereka sebelum ini.

Mungkin ada setengah pihak akan beranggapan bahawa Pas mendapat undi simpati dengan mempertaruhkan Datuk Seri Nizar, namun bagi saya soal calon bukan menjadi faktor undi simpati tetapi isu yang berlaku di Perak itu yang menjadi faktor utama dan watak Nizar dalam perkara ini adalah disebabkan strategi pihak Pakatan Rakyat yang berani mengambil risiko berdasarkan peluang yang terdapat pada pihaknya.

Pihak BN harus mengambil pengajaran dalam perkara ini, sesungguhnya krisis yang berlaku di Perak ketika ini seharusnya diselesaikan dengan cara yang berhemah. Rakyat sudah membuktikan bahawa apa yang berlaku ini tidak disenangi oleh mereka dan jika BN sudah merasa selesa dengan keadaan sekarang melalui apa yang telah diperolehi oleh mereka di Perak maka tidak mustahil pada pilihanraya umum ke 13 nanti akan memperlihatkan sekali lagi rakyat mengundi untuk Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri dan seterusnya memerintah Perak.



Di Bukit Selambau, walaupun segala jentera dikerah untuk menawan kewasan tersebut, tetapi janji Menteri Besar Kedah yang mahu melantik calon PKR yang menang dalam pilihanraya itu ke jawatan Exco Kerajaan Negeri bagi saya telah menjadi faktor utama para pengundi memilih untuk mengangkat calon tersebut sebagai pemenang dengan harapan akan dapat memperjuangkan nasib rakyat tempatan secara berterusan dan berkesan melalui jawatan yang bakal disandangnya itu.

Media kerajaan seperti RTM dan media elektronik pro BN seperti TV3 sudah tidak releven lagi bagi membantu kempen BN ketika ini jika bentuk kempen yang dijalankan adalah seperti yang berlaku pada hari ini. Apa yang ditonjolkan bukan akan menarik perhatian para pengundi untuk mengundi BN tetapi bagi saya membuatkan rakyat semakin menyampah dan benci dengan propaganda sedemikian.

Disebabkan situasi itulah yang menjadi penyebab kenapa media alternatif di negara kita mendapat tempat dan menjadi rujukan utama masyarakat. Cara kempen tersebut seolah-olah memperbodohkan rakyat, sedarkan BN bahawa sekarang ini bukan seperti dahulu lagi yang menjadikan televisyen sebagai satu-satunya sumber untuk capaian maklumat. Jika BN mahu menjalankan kempen cara yang releven pada masa kini, ubahlah pendekatan yang memperbodohkan rakyat, bersainglah secara sihat dan gunakanlah peluang dan teknologi seiring dengan perkembangan minda masyarakat moden hari ini.

Sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menang dengan selesa di Sabah dan Sarawak, itulah yang berlaku di Batang Ai. Sumber maklumat yang terbatas serta capaian maklumat yang jauh berbeza daripada semenajung menjadi kekuatan kepada BN untuk berkempen. Di Sana segala yang diluahkan secara berdepan akan diterima terus oleh masyarakat tempatan dan mereka sukar untuk memperolehi sumber alternatif untuk menjadi rujukan yang popular pada masa kini.

Apa pun, tahniah kepada pihak yang telah menang. Kotakanlah apa yang dijanjikan, jadikanlah apa yang berlaku itu sebagai pengajaran. Sesungguhnya setiap kemenangan dan kekalahan yang diperolehi bukanlah mutlak untuk selama-lamanya, rakyat kini lebih berani berubah dan lebih bijak menilai yang mana baik berdasarkan situasi semasa yang dihadapi oleh mereka.

ayuh rakyat malaysia, sama2 kita bangkit!!!!!

Tuesday, April 7, 2009

PAS tawan Bukit Gantang.....TAKBIR!!!!!

IR Nizar menang kerusi Parlimen Bukit Gantang



TAIPING - Pas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang selepas calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berjaya menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti undi 2,789 pada pilihan raya kecil itu semalam.

Mohammad Nizar, 52, bekas Menteri Besar Perak yang memperoleh 21,860 undi menumbangkan calon BN, Ismail Saffian, 48, yang hanya mendapat 19,071 undi.

Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris pula hilang wang deposit selepas sekadar meraih 62 undi manakala undi rosak ialah 465.

Peratusan keluar mengundi pula meningkat kepada 75 peratus berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 lalu.

Selepas undi dikira di 32 pusat pengundian, peti undi dari 111 saluran berkenaan dibawa ke Dewan Perbandaran Taiping di sini seawal 7 malam bagi penjumlahan undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi kira-kira pukul 9.40 malam.

Pada pilihan raya umum 2008, calon Pas Allahyarham Roslan Shaharom merampas kerusi tradisi BN itu dengan memperoleh 20,015 undi, menewaskan Bendahari Agung UMNO, Datuk Abdul Azim Zabidi dan calon Bebas M. Morgan. Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi.

Saturday, April 4, 2009

falsafah kereta


buat semua kawan2 & sahabatku, ingin aku berkongsi sesuatu dengan korang semua.....hrp2 nye ianya bermanfaat buat korg semua.....jgn pelik & jgn terkejut jika membaca topik perkongsian kali ini, kerana agak kelakar sedikit bunyi nye....tajuknya mudah sahaja iaitu "falsafah kereta".........

falsafah ini ingin aku kongsikan dgn semua kawan2 ku yang br memakai kereta atau pun belum mempunyai kereta, tetapi mempunyai niat di hati untuk menggunakan kereta bila berpeluang nanti, khususnya buat teman2 yg akan gred dan akan memasuki alam pekerjaan nnti.....bila dh keje & dpt gaji, korang mesti ada hati nk pakai kereta kan, hehehe.....jd tips ini amat berguna sebenarnya, bg org yg br nk pakai kereta ni.....almaklum la, br2 ni x tau sngt psl selok belok berkaitan kereta ni kan, aku sndiri pn same gak.....

dengar tajuk saja pun dah pelik bunyi nye kan, tp falsafah ini aku dapat secara kebetulan dan secara tidak sengaja.....aku dapatkannya daripada seorang pakcik yang bernama Pak Ya, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di UKM, bahagian kelulusan untuk memasang dan menggantung kain rentang, cop poster, flyers dan juga baner.....

orangnya selamba saje, tidak ku sangka rupa2 nya orang nye kuat berfalsafah.....ini falsafahnya berkenaan dengan penggunaan kereta........

ringkas sahaja falsafahnya, tetapi mendalam maksudnya.

~ WOFTB ~

W= water (air)
O= oil (minyak hitam dsb)
F= fuel (petrol)
T= tension (penyambungan wayar)
B= battery (bateri)

5 perkara ini adalah perkara asas sebelum memulakan perjalanan menggunakan kereta supaya tidak mengalami kerosakan dan gangguan semasa perjalanan......begitu juga jika kereta anda mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan, 5 perkara ini yang perlu anda semua periksa & check dahulu, sekiranya susah untuk mendapatkan bantuan daripada mekanik kereta..........

kerosakan kereta yg sering berlaku biasanya x lari drp 5 tips ini......jd, drp bg duit free2 kpd mekanik, baik korg jd mekanik sendiri, dpt save duit sikit, hehehe......

sekian, itu sahaja, moga2 bermanfaat buat semua......
terima kasih & jumpa lg.......

Friday, April 3, 2009

sisipan kosmo ~ delegasi najib bermula




TUANKU MIZAN menyerahkan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri kepada Najib di Istana Negara semalam.


PUTRAJAYA - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.


Upacara itu berlangsung di tingkat lima Pejabat Perdana Menteri pada pukul 4.50 petang.


Ia dilakukan selepas Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada sebelah paginya.


Dengan pelantikan itu, sejarah negara tercipta apabila buat pertama kalinya anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri. Najib ialah anak sulung Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.


Dalam upacara itu, Abdullah yang berbaju Melayu jingga menyerahkan Fail Meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib yang berbaju Melayu merah jambu sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.


Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar.


Semalam, Abdullah yang telah menerajui kepimpinan negara lebih lima tahun menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya.





Selepas upacara itu, Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah bersalaman dengan para menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan yang menunggu di aras lobi Pejabat Perdana Menteri.


Mereka kemudian bersalaman dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang berbaris dari pintu utama hingga ke kereta Abdullah. Turut mengiringi mereka ialah Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Najib dan Rosmah mengiringi Abdullah dan Jeanne hingga ke kereta dan Abdullah sempat melambaikan tangan sebelum meninggalkan pekarangan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 5.25 petang.

KEMBALI BERSUA

kembali bersua.........

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman2 & member......
pertama sekali, seribu kemaafan didahulukan sebagai pembuka bicara kerana lama x update blog ni.......almaklum la, x berkesempatan sangat.....ape pun, Insya-Allah selepas ni blog ni akan di aktif semula.........

Monday, November 17, 2008

koleksi2 lawatan ke sabah

pengalaman selama seminggu di negeri sabah......

hmmmm, peluang yg datang, tidak datang bergolek, hanya sekali sahaja.....tidak sepanjang masa.....baru2 ni, aku diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke negeri sabah, negeri di bawah bayu.....bukan saje2 nk g jalan2, tp sambil2 buat bengkel motivasi kepada adik2 di mrsm kota kinabalu.....hehehe.....

haa.....ni lah antara koleksi2 gambar semasa kem motivasi tersebut......

kem motivasi di mrsm kota kinabalu ini dijalankan selama 3 hari 2 malam.....
tp kem ini agak berlainan ckit ngn kem2 motivasi sebelum ni......memang berbeza.......
hmmm, agak mencabar juga buat kem kat sini, maklum la adik2 di sini memang cerdik2 & bijak2 belaka.....


gambar kenangan bersama adik2,
selepas kem motivasi tamat.......

hmm, ni pulak gambar bersama2 dengan pengetua mrsm kota kinabalu pada hari terakhir kem motivasi tersebut......pengetua mrsm kota kinabalu ni adalah bekas pelajar UKM gak, dan pernah menjawat jawatan sebagai ydp anak negeri pahang (PKAP).......tp aku x ingt la tahun bila, hehehe........memang segak & hensem kan pengetua mrsm nie.......

gambar ni di ambil sebelum memulakan rondaan & pusing2 sekitar sabah, sebelum balik ke semenanjung, hehehe.....
x sabar2 nak pusing2 sabah ni.....maklum la, bkn blh datang selalu.....hu3



mula2, kitorg pergi ke universiti malaysia
sabah (UMS) dahulu.....sempat lg bergambar dkt logo UMS ye.....x leh ada peluang, mesti bergambar.....tp sayang, x leh masuk
kerana masa kitorg pergi, UMS sedang cuti, huhu.....
mungkin x de rezeki kot, tp x pe la......
dpt bergambar dekat logo UMS pun
jadi la......hehehe......hmmm, si wafi ni pulak, memang pantang klu bab2 bergambar nih, hehehe.....mau jer dia.....ni kwn aku kt UKM la....



selepas pergi ke UMS, kitorang pergi pulak ke menara yayasan sabah.......
kali ini bernasib baik, kami dapat masuk dan melihat pemandangan
di sekitar menara dan juga ruang legar yayasan sabah.......


bergambar dekat menara yayasan sabah......

selepas pergi ke yayasan sabah, kitorang balik ke tempat penginapan.....nk kumpul tenaga, esok nk jalan lagi, hehehe.....ada tempat lain lagi yang menarik nak pusing2 esok, hehehe......


keesokannya, kitorang bergerak dan merayau-rayau di pasar filipina,
shopping di sana.......beli ye, jangan x beli.......kt semenanjung
mahal ni........kt UKM xdop, hehehe..........kt cni, bajet memang lari......hu3

ni pulop gmbr di dalam pesawat air-bus......time ni dh nk bertolak balik ke UKM daa......balik menjalani kehidupan mcm biasa la pulak, hehehe.....bnyk kerja lagi nk kena setelkan di UKM, huhuhu.....wlu ape pun, selain dapat mengenal tempat orang, pengalaman yang aku perolehi semasa menjejakkan kaki ke bumi di bawah bayu ini, memang memberikan satu pengalaman yg cukup berharga bagiku......cabaran yang menanti di hadapan sangat besar & sangat mencabar......

kalendar


Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com