Friday, November 14, 2008

jangan TERLALU baik hati

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Luahan pengalaman seorang sahabat dan kawan baikku, semoga menjadi iktibar dan pedoman kepada semua, khususnya member2 yg bljr di UKM...

Petang itu, aku dan sahabatku, Mat (bukan nama sebenar) menunaikan solat asar di Masjid UKM.... setelah selesai menunaikan solat, aku bergegas pulang ke kolej kediamanku kerana ada seorang kawan lama yang ingin berjumpa denganku.... sahabatku itu tadi masih beriktikaf di dalam Masjid UKM, berzikir dan membaca beberapa potong ayat2 Al-Quran.....

Alkisahnya,
bukan terjadi kepadaku, tetapi berlaku kepada sahabatku itu, Mat.....

Semasa Mat sedang membaca Al-Quran, dia didatangi oleh seorang lelaki, berumur dalam lingkungan 50-an.... segak berbaju melayu.... nampak gaya macam baru keluar dari masjid... dia memberitahu masalah yang dompet dan handphone dia telah dicuri semasa menunaikan solat asar tadi.... Mat berasa simpati dengan nasib orang tua itu..........

Dia memberitahu Mat bahawa dia memerlukan duit untuk mengisi minyak keretanya, dan ingin meminjam sedikit wang dengan Mat, kerana duit yang ada di dalam dompetnya tadi, semua telah dicuri.... dia juga cakap nak cepat.....

Hmmm, akibat terlalu baik hati, Mat keluarkan sekeping not RM50 yang ada di dalam dompetnya.... orang tua itu berjanji dengan Mat akan membayar duit yang dipinjamnya itu pada petang keesokannya harinya....

Sebut kata orang tua ni, aku pun rasa kasihan gak...... terdetik jugak la rasa kasihan di benak hati tu.... lagi satu, tak sanggup kalau menyentuh bab orang tua ni..... Yelaa mak ayah kita yang tu ja kan..... Dah tak ada tukar ganti...... Lagipun saat kejadian itu berlaku, Mat dan orang tua tersebut berada di dalam RUMAH ALLAH..... astaghfirullaahal 'aziim........

Saat Mat memberikan duit itu, nawaitunya cuma satu sahaja, mahu menolong orang tua tersebut kerana ALLAH S.W.T....... tambahan pula, orang tua tersebut berjanji akan memulangkannya pada petang keesokan harinya..... orang tua tersebut kemudiannya mengambil not RM50 tadi, dan meminta Mat menunggu di tempat dan masa yang sama, petang keesokannnya sebelumberlalu pergi...... dia juga memberikan no handphone isterinya supaya mudah Mat menghubunginya nanti..... Itu janjinya.... Mat pegang sungguh2 dan serahkan tawakkal sepenuhnya pada Sang Pencipta Yang Maha Agung.......saat duit bertukar tangan, dalam hati Mat percaya bahawa dia tidak akan ditipu......(orang tua neiii)

Petang keesokannya, pada masa dan tempat yang sama, Mat bersama2 aku menunggunya sebagaimana janji yang telah diberitahunya semalam..... namun, orang tua tersebut x muncul2 dan no. tel yang diberikannya semalam x berjaya dihubungi......

HMMM, sah kena tipu.......Tapi Mat diam saja pada petang itu, x cakap apa2...... Agak terkejut juga, sebab Mat betul2 letakkan kepercayaan sepenuhnya pada orang tua tersebut, malangnya dia ditipu.....

Kalau aku, memang PANTANG ditipu begitu.... Kecewa kerana orang ISLAM, saudara seagama sendiri sanggup menipu...!! kalau jumpa, memang cari nahas la orang tua nei.....

Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.......Mungkin duit itu bukan rezki Mat..... Terima kasih pada ALLAH yang memberikan didikan buat Mat dan juga aku...... dari kejadian tersebut, satu hikmah besar aku dapat, jangan terlalu baik hati.....

Ya ALLAH, Kau berikanlah hidayah-Mu kepada orang tua itu untuk mengenal taubat-Mu....

Semoga dia berhenti dan bertaubat daripada melakukan perbuatan itu lagi.... Engkau terimalah taubatnya, kerana hanya Engkaulah Yang Maha Menerima Taubat hamba2 MU.......

semoga orang tua tersebut kembali ke jalan yang benar........

1 comment:

naji said...

aku rasa aku kenal mat tuh...
kesian sggh ..hu hu
semoga Allah memberikan ganti yang lebih baik padanya....
....

kalendar


Myspace Calendars, Nature Calendars at WishAFriend.com